Skip to main content

Sunscreen Atau Sunblock??


APAKAH ITU TABIR SURIA “SUNSCREEN”?

Tabir Suria atau lebih dikenali sebagai “SUNSCREEN” ataupun “SUNBLOCK” merupakan produk-produk yang menghalang UVR daripada sampai ke kulit. Produk–produk yang dimaksudkan mangandungi satu atau lebih bahan pelindung yang boleh meyerap, memantul atau menyelerakkan UVR. “Sunscreen” boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti losyen , krim, gel, semburan, pencuci muka dan sebagainya. Ada juga produk-produk kosmetik seperti pelembap dan bedak yang menggabungkan “Sunscreen” dalam formulasi masing-masing.

Pemilihan jenis sunscreen yang sesuai bergantung kepada keadaan kulit dan kebolehan produk tersebut meliputi permukaan kulit yang disasarkan. Contohnya, krim akan kekal pada permukaan kulit untuk jangka masa yang lebih panjang berbanding dengan gel. Tetapi, bagi kulit jenis berminyak, berkemungkinan kita akan berasa kurang selesa menggunakan krim yang sering lebih pekat berbanding dengan losyen/gel.

CARA PENGGUNAAN “SUNSCREEN” YANG BERKESAN?
“Sunscreen” sepatutnya digunakan setiap hari, bukan sahaja bila kita terdedah kepada matahari. ”Sunscreen” juga melindungi kulit kita daripada sinar UVR yang sampai ke dalam rumah , ruang balkoni, dapur atau pejabat melalui kaca, tingkap dan pintu.

Penyelidikan menunjukkan perlindungan UVR yang terbaik dicapai dengan meggunakan “Sunscreen” 15-30 minit sebelum pendedahan kepada cahaya matahari, diikuti dengan sapuan tambahan 15-30 minit kemudian. Sapuan mesti diulangi setiap 2-3 jam selepas itu. Jika kita bersukan, berenang atau aktiviti-aktiviti air, sapuan tambahan perlu dibuat selepas aktiviti-aktiviti ini selesai. Kebanyakan Pakar Kulit akan mengesyorkan penggunaan “Sunscreen” dengan SPF sekurang-kurangnya 30 ke atas dengan perlindungan UVA, untuk memastikan kesan perlindungan kulit yang maksimum.

BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN “SUNSCREEN” DENGAN BETUL?
Dos yang disyorkan ialah 2mg/ cm2 kulit. Untuk bahagian muka sahaja , lebih kurang 1⁄4 hingga 1/3 sudu teh diperlukan bagi seorang dewasa. Jangan lupa bahawa “Sunscreen” ialah lapisan yang paling atas dalam rutin penjagaan kulit anda kerana ia berperanan sebagai perisai yang menghalang kemasukan UVR.
Bagi kanak-kanak yang masih bersekolah, mereka boleh memilih sunscreen yang natural dan mesra kanak-kanak untuk perlindungan dari UVR. Salah satu sunscreen yang mesra kanak-kanak adalah Secretleaf Plant Defense Whitening Sunscreen.



Comments