Skip to main content

Apa itu Bee Venom




Umum mengetahui Bee Venom adalah sengat lebah. 

Mari kita belajar sedikit sebanyak mengenai Bee Venom. 

Kumpulan pekerja lebah mempunyai sengat yang berbisa bagi tujuan melindungi diri dan sarang lebah daripada pemangsa. Sengat ini akan menyebabkan rasa yang sangat sakit dan kawasan yang terkena sengat akan menjadi bengkak serta kemerah-merahan. 

Terdapat segelintir orang yang alergik terhadap sengat lebah, di mana dalam masa kurang dari 1 jam mangsa akan menghadapi kesukaran untuk bernafas, degupan jantung bertambah laju, berlaku kerengsaan pada kulit dan kesukaran untuk bercakap. Jika terjadi perkara sebegini, mangsa harus dibawa ke hospital dengan kadar segera. 



Tidak seperti sengat dan bisa haiwan-haiwan yang lain, sengat lebah adalah larut air (water soluble) bukan larut lemak (fat soluble), jadi ia perlu disuntik ke dalam tisu yang lembap untuk lebih efektif. Sifat Bee Venom adalah cecair jernih yang akan membentuk kristal putih kelabu apabila didedahkan kepada udara.

Bee Venom adalah campuran histamine, pheromones, enzim, peptides, asid amino dan pelbagai asid lain sehingga 62 komponen semuanya. Enzim utamanya adalah phospholipase A, hyaluronidase dan lecithinase. Manakala peptides utamanyanya adalah mellitin, apamin dan peptide 401.

Bee Venom ini cytotoxic (menghapuskan sel), ia merangsang saraf dan kelenjar adrenal. Bee Venom telah dikenali dan digunapakai sebagai salah satu terapi pelengkap atau tambahan (complementary therapy). Dalam terapi sengat lebah, sengat lebah akan merangsang pengeluaran hormon kortisol dan ini sangat efektif bagi rawatan rheumatic disorders seperti Multiple Sclerosis, rheumatoid arthritis dan gout. Mellitin dipercayai terlibat sebagai ejen utama yang aktif juga antiviral, anti bakteria dan anti kanser. Oleh itu, terapi sengat lebah ini juga sedang dikaji bagi ejen anti-cancer.

Dengan mengubah molekul mellitin, reaksi alergik dapat dielakkan dan ekstrak sengat lebah ini dapat diguna pakai dalam produk kosmetik mahupun kesihatan.

sumber dari http://www.chm.bris.ac.uk/webprojects2001/loveridge/index-page8.html

Comments